Latar Belakang Perang Israel−Palestin 2023

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Semenanjung Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang palestin yang lain dan juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza yang menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza.

Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan Pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip untuk ke wilayah jajahan 1948 melalui darat dan laut.

Kebanyakkan kem-kem tentera IDF berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain.

Briged Izzuddin Al-Qassam juga menawan pegawai, tentera Israel dan rakyat israel salah satunya komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni dan juga pembunuhan Leftenan Israel iaitu Kolonel Yonathan, juga pembunuhan mayor general Israel iaitu kolonel Jonathan Steinberg dan masih ramai lago.

Permulaan serangan Palestin juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[15]

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza.[16][17] Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan. Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[18]

Rujukan

WikiPedia: Perang Israel−Palestin 2023 https://web.archive.org/web/20231007060822/https:/... https://www.bloomberg.com/news/articles/2023-10-07... https://www.mako.co.il/news-military/6361323ddea5a... https://web.archive.org/web/20231007060826/https:/... https://www.ynetnews.com/article/syme7drgt https://pflp.ps/post/23726/%D8%B5%D8%A7%D8%AF%D8%B... https://alhourriah.org/article/125212 https://web.archive.org/web/20231007111235/https:/... https://en.royanews.tv/news/44975/2023-10-07 https://web.archive.org/web/20231007102147/https:/...